Warga JIPK, orang awam derma darah

Warga JIPK, orang awam derma darah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Darah bukan saja diperlukan untuk menyelamatkan nyawa ketika kecemasan tapi ia diperlukan setiap hari untuk menstabilkan pesakit yang memerlukan pemindahan darah dengan segera atau secara kerap.

Dalam usaha untuk memberikan kesedaran dan menanamkan sifat keprihatinan serta menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan menyelamatkan nyawa seseorang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dengan kerjasama Tabung Simpanan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan, hari ini, telah mengadakan Kempen Pendermaan Darah, di Ibu Pejabat, JIPK.

Kempen yang bermula jam 9 pagi itu, telah disertai seramai 36 pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan dan orang awam yang ikut sama, adalah bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan kali ke-57.

Pemeriksaan turut dijalankan sebelum para penderma lulus bagi pendermaan darah.
Pemeriksaan turut dijalankan sebelum para penderma lulus bagi pendermaan darah.
Antara kakitangan jabatan dan orang awam yang tidak melepaskan peluang menyertai kempen derma darah di JIPK.
Antara kakitangan jabatan dan orang awam yang tidak melepaskan peluang menyertai kempen derma darah di JIPK.

Kempen ini juga akan dilaratkan di Pejabat Imigresen Kuala Belait, pada 10 Ogos, bermula jam 9 pagi hingga 11:30 pagi bertempat di Dewan Mawar, Tingkat 2, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Belait.

Pusat Pendermaan Darah mengharapkan lebih ramai individu yang sihat untuk tampil menjadi penderma darah sukarela bagi sama-sama membantu menyelamatkan nyawa dan kehidupan pesakit dan sama-sama menjayakan kempen derma darah itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA