Warga JPM bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga JPM bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Bertahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, hari ini.

Hadir di majlis itu ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Menteri di JPM dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, dan Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud serta para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Doa tahlil dibacakan oleh Mufti Kerajaan.
Doa tahlil dibacakan oleh Mufti Kerajaan.
Antara warga JPM yang bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Antara warga JPM yang bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

Majlis telah didahului dengan bacaan Surah Yasin oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Suhaili bin Haji Mohiddin, kemudian bacaan tahlil pula dipimpin oleh Ketua Hakim Syari’ie Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, dan doa tahlil dipimpin oleh Mufti Kerajaan.