Warga Kanada bebas selepas 5 tahun diculik

Warga Kanada bebas selepas 5 tahun diculik

OTTAWA, 12 Jan (AFP) – Seorang rakyat Kanada dibebaskan daripada tawanan di Afghanistan selepas lima tahun diculik Taliban, kata Menteri Luar Kanada, Stephano Dion.

Dion berkata, Colin Rutherford, 26, dilaporkan hilang pada Februari 2011 ketika melawat negara itu sebagai pelancong, dibebaskan dengan bantuan Qatar.

“Kanada amat gembira kerana usaha yang dibuat untuk membebaskan Colin Rutherford akhirnya berjaya.

“Kami tidak sabar menantikan kepulangan Rutherford ke Kanada dan bersatu semula dengan keluarga dan orang tersayang,” kata Dion dalam kenyataan.