Warga Kem. Perhubungan erat silaturahim

Warga Kem. Perhubungan erat silaturahim

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Keriangan Hari Raya Aidilfitri terus dirasai dengan majlis-majlis sambutan diadakan bagi memberikan peluang kepada para pengunjung untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu sama yang lain.

Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dikelolakan oleh Jabatan Kaji cuaca Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, hari ini.

Hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan datin, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan isteri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan isteri, para pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka.

Majlis dimulakan dengan Yang Berhormat Pehin serta datin bergambar ramai sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Kaji Cuaca, Awang Muhamad Husaini bin Aji yang menyatakan bahawa majlis itu dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Pehin berkunjung ke pondok-pondok Hari Raya yang disediakan oleh setiap jabatan di bawah Kementerian Perhubungan.
Yang Berhormat Pehin berkunjung ke pondok-pondok Hari Raya yang disediakan oleh setiap jabatan di bawah Kementerian Perhubungan.
Antara pondok Hari Raya yang disediakan pada majlis itu.
Antara pondok Hari Raya yang disediakan pada majlis itu.
Yang Berhormat Pehin dan datin bergambar ramai di majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin dan datin bergambar ramai di majlis berkenaan.

“Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk kita sama-sama saling melupakan sebarang perselisihan dan persengketaan seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara individu mahupun organisasi.”

Ulasnya lagi, “Dalam kesempatan inilah juga, kita merebut peluang untuk saling bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi persahabatan yang sedia terjalin malah menjalinkan silaturahim.”

Majlis sambutan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada ahli-ahli jawatankuasa dan Yang Berhormat Pehin serta datin dijemput untuk menziarahi pondok-pondok Hari Raya yang disediakan oleh setiap jabatan di bawah Kementerian Perhubungan.

Pelbagai kegiatan hiburan turut diadakan sambil para hadirin menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA