Warga Kementerian Pendidikan bertahlil di Kubah

Warga Kementerian Pendidikan bertahlil di Kubah

Oleh Yusrin Junaidi dan Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman mengetuai seramai 400 orang pegawai dan kakitangan serta guru-guru dari sekolah-sekolah, maktab-maktab, institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional dari Kementerian Pendidikan mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis Bertahlil anjuran Kementerian Pendidikan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit itu adalah merupakan antara aktiviti Kementerian Pendidikan sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin Kementerian Pendidikan bagi Al-Marhum dan Al-Marhumah ayahanda dan bonda Baginda Sultan di Kubah Makam Diraja.
Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin Kementerian Pendidikan bagi Al-Marhum dan Al-Marhumah ayahanda dan bonda Baginda Sultan di Kubah Makam Diraja.
Dr. Haji Adanan selaku tetamu kehormat majlis ketika mengepalai bacaan.
Dr. Haji Adanan selaku tetamu kehormat majlis ketika mengepalai bacaan.

Majlis bertahlil Kementerian Pendidikan pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Sekolah-sekolah, Bahagian Pengajian Tinggi dan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, seramai 100 orang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pensyarah dan kakitangan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) turut mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Raes KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

ARTIKEL YANG SAMA