Warga kerja RegalBlue anjur ramah mesra Aidilfitri

Warga kerja RegalBlue anjur ramah mesra Aidilfitri

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih terasa apabila pelbagai pihak masih lagi menganjurkan rumah terbuka atau pejabat terbuka.

Begitu juga dengan RegalBlue Production yang mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri khas buat keluarga warga kerja RegalBlue, artis-artis tempatan yang pernah bekerjasama dan penerbit, pemberita Radio Televisyen Brunei serta rakan kerja RegalBlue yang lainnya.

Antara lain tujuan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini selain memeriahkan lagi bulan Syawal tanda bulan kemenangan, acara ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim yang sedia ada, di samping mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan antara satu sama yang lain.

Dengan adanya majlis seumpamanya ini dapat menemukan mereka yang lama tidak bersua muka dan berkongsi aktiviti terkini masing-masing, Pengarah RegalBlue Production, Awang Harlif bin Haji Mohamad ketika ditemu bual, menyatakan dengan acara sebegini dapatlah berkongsi, beramah mesra sewaktu di luar masa bekerja.

Beliau juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan menyeru untuk terus menyokong karya seni tempatan.

Gambar ramai tetamu yang hadir bersama warga kerja keluarga RegalBlue Production
Gambar ramai tetamu yang hadir bersama warga kerja keluarga RegalBlue Production
Antara yang hadir di majlis produksi terbuka RegalBlue Production.
Antara yang hadir di majlis produksi terbuka RegalBlue Production.

ARTIKEL YANG SAMA