Warga Kolej IGS bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga Kolej IGS bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Seramai 25 warga Kolej IGS, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Rombongan diketuai oleh Pegawai Kewangan IGS, Pengiran Rahimin bin PSJ Pengiran Haji Abdul Momin.

Bacaan tahlil bersempena bulan Ramadan itu dipimpin oleh Awang Fahrurrazi bin Haji Awang Matali.

Warga kolej IGS ketika bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Warga kolej IGS ketika bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA