Warga Korea S ditangkap semula di Jepun

Warga Korea S ditangkap semula di Jepun

TOKYO, 21 Jan – Seorang lelaki Korea Selatan disyaki menjadi dalang letupan di sebuah tempat suci perang yang berkontroversi di Tokyo telah ditangkap semula hari ini, dituduh membawa dan menggunakan serbuk letupan.

Polis Tokyo mengatakan Jeon Chang-Han, 27, kini berdepan dakwaan baru kerana melanggar undang-undang kawalan letupan Jepun selepas dia ditahan kerana menceroboh tempat suci bulan lalu.

“Dia dipercayai memenuhi batang paip besi dengan serbuk senjata hitam dan membawanya ke sebuah bilik air dalam Tempat Suci Yasukuni,” jurucakap polis memberitahu AFP.

“Dia juga dipercayai meletupkan paip berisi serbuk senjata dalam bilik air.”

Para pendakwa Jepun telah mengarahkan penangkapan Jeon pada Disember atas dakwaan kemasukan secara haram ke tempat suci selepas letupan yang disyaki itu telah memusnahkan bilik air di sana pada 23 November.

Tidak ada yang cedera, namun insiden itu sudah menegangkan urat di bandar Jepun hanya beberapa hari selepas kumpulan jihad membunuh 130 orang di Paris.

Jeon dipercayai pada awalnya meninggalkan Jepun selepas letupan itu namun ditahan apabila dia memasuki semula negara itu pada awal Disember, dilaporkan membawa dua kilogram (4.4 pounds) serbuk senjata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA