Warga KPSSU eratkan tali kekeluargaan

Warga KPSSU eratkan tali kekeluargaan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Berlatarbelakangkan keindahan dan kehijauan alam di tepi pantai, lebih dari 300 pegawai dan kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama bersama-sama dengan keluarga mereka bukan sahaja menikmati keindahan udara yang segar tetapi berpeluang berhibur dalam pelbagai permainan yang disediakan pada Hari Keluarga KPSSU yang berlangsung di Pusat Biodiversiti Marin, Pantai Meragang, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan turut serta dalam kegiatan yang dianjurkan ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Setelah merasmikan Sambutan Hari Keluarga, Yang Berhormat Pehin bersama-sama pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mengadakan kegiatan pembersihan pantai beramai-ramai.

Majlis diserikan lagi acara permainan dan kegiatan yang menarik untuk disertai oleh semua yang hadir iaitu bagi dewasa dan kanak-kanak. Antara acara-acara yang diadakan termasuk perlawanan tarik kalat, kegiatan sukan air termasuk berkayak dan permainan-permainan untuk kanak-kanak.

Yang Berhormat Pehin memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tarik kalat di antara jabatan-jabatan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
Yang Berhormat Pehin memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tarik kalat di antara jabatan-jabatan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
Pelbagai pertandingan dan permainan yang diadakan untuk menyerikan lagi Sambutan Hari Keluarga Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
Pelbagai pertandingan dan permainan yang diadakan untuk menyerikan lagi Sambutan Hari Keluarga Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Tidak dapat dinafikan bahawa institusi keluarga yang bahagia dan sempurna adalah berperanan penting untuk menangani isu-isu sosial dan mampu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berkualiti tetapi mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Oleh itu, sambutan itu dihasratkan menjadi sebagai wadah bagi setiap pegawai dan kakitangan meluangkan masa bersama keluarga masing-masing, meningkatkan perasaan kekitaan dan semangat kekeluargaan sesama warga kerja kementerian.

Hari Keluarga itu juga diadakan bertujuan untuk memupuk sikap kekeluargaan dan untuk menjalin hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan kementerian serta keluarga mereka.

ARTIKEL YANG SAMA