Warga KUPU SB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga KUPU SB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Seramai 100 warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Yasin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Batu satu sempena Majlis Konvokesyen KUPU SB ke-5 tahun ini.

Majlis dihadiri oleh Dekan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili selaku tetamu kehormat. Ia turut disertai para pegawai kanan, pensyarah, kakitangan serta bakal-bakal graduan lelaki KUPU SB.

Acara seumpama ini adalah sebahagian dari aktiviti yang diadakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB, sebelum majlis konvokesyen yang akan berlangsung pada 10 Oktober ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di mana seramai 218 orang graduan KUPU SB akan menerima ijazah mereka.

Dr. Haji Hambali selaku tetamu kehormat menghadiri majlis tersebut sempena Majlis Konvokesyen KUPU SB Kelima 2015.
Dr. Haji Hambali selaku tetamu kehormat menghadiri majlis tersebut sempena Majlis Konvokesyen KUPU SB Kelima 2015.

ARTIKEL YANG SAMA