Warga KUPU SB hadiri taklimat GEMS

Warga KUPU SB hadiri taklimat GEMS

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Lebih 30 orang warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, mendengar taklimat mengenai Sistem Pengurusan Pekerja Kerajaan (GEMS) dan kepentingannya kepada penjawat awam di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir mendengar taklimat yang berlangsung di Dewan Ta’lim KUPU SB itu ialah Pemangku Timbalan Ra’es, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

Dalam majlis itu, taklimat telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri, yang antara lain menerangkan mengenai inisiatif pengesahan data dalam GEMS di samping data-data yang terlibat.

Projek pengesahan data ini antara lain merupakan inisiatif dan usaha berterusan JPA dengan kerjasama pihak kontraktor untuk memperkukuhkan dan mempertingkatkan keupayaan sistem GEMS dan juga kesediaannya untuk digunakan oleh para pengguna.

Objektif GEMS ini adalah untuk membolehkan setiap pegawai dan kakitangan mengakses dan meneliti serta mengesahkan data-data termasuk data peribadi, rekod perkhidmatan, baki cuti dan seterusnya mengemas kini serta membuat pembetulan jika perlu.

Antara yang menghadiri sesi taklimat mengenai GEMS di Dewan Ta’lim KUPU SB.
Antara yang menghadiri sesi taklimat mengenai GEMS di Dewan Ta’lim KUPU SB.
Pegawai dari JPA menyampaikan taklimat mengenai GEMS.
Pegawai dari JPA menyampaikan taklimat mengenai GEMS.

Sementara itu, bagi kolej, taklimat ini adalah untuk menyebarluaskan GEMS sepenuhnya kepada pegawai dan kakitangan di kolej berkenaan supaya me-reka mempunyai persediaan cukup untuk menerima dan menggunakan GEMS dengan teratur.

Antara objektif taklimat adalah untuk memberikan penerangan mengenai modul-modul GEMS dengan lebih jelas dan kepentingan pengguna (pekerja), pengguna-pengguna sumber manusia dan pegawai meluluskan berdasarkan Surat Pemberitahuan JPA, Jabatan Perdana Menteri 13/2014 dan Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam12/2015.

Taklimat turut dimuatkan dengan Demo Manual Aplikasi-aplikasi GEMS seperti tatacara menukar kata laluan, tatacara pengesahan maklumat pekerja, hal ehwal kehadiran dan diikuti sesi soal jawab.

KUPU SB melalui pejabat pendaftar kini sedang giat melaksanakan strategi GEMS secara berperingkat-peringkat.

Dengan melaksanakan pro-ses ini setiap pegawai dan kakitangan akan mempunyai data-data yang dikemas kini dan seterusnya memperkukuhkan simpanan data dalam pangkalan data GEMS dan secara langsung akan memberikan kemudahan kepada penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh GEMS.

ARTIKEL YANG SAMA