Warga Malaysia dituduh membunuh di Singapura

Warga Malaysia dituduh membunuh di Singapura

SINGAPURA, 7 April (Bernama) – Seorang warga Malaysia dihadapkan di Mahkamah Daerah hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita berumur 28 tahun di sebuah flat di Circuit Road bulan lalu, lapor laman web The Straits Times.

Boh Soon Ho, 47, didakwa membunuh Zhang Huaxiang yang dipercayai teman wanitanya antara pukul 12.54 tengah hari pada 21 Mac dan 8.40 malam pada hari berikut, menurut laporan itu.

Boh dilaporkan tidak membuat rayuan terhadap pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin.

Pihak pendakwa polis berjaya memperoleh perintah reman ke atas Boh untuk siasatan lanjut sebelum dia dihadapkan semula di mahkamah pada 14 April.

Laporan itu menyebut Boh ditahan polis Malaysia di Tambak Johor pada Isnin dan diserahkan kepada polis Singapura pada hari berikut.

Jika didapati bersalah dia boleh dihukum mati mandatori.

ARTIKEL YANG SAMA