Warga media teroka Malaysia

Warga media teroka Malaysia

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Empat pengamal media tempatan, pagi tadi, berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia, bagi mengikuti ASEAN Media bloggers Tourism Hunt 2015 sempena Tahun Festival 2015 atas jemputan Tourism Malaysia.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas kepada delegasi media berkenaan ialah Pengarah Tourism Malaysia Brunei Darussalam, Dayang Zurina binti Abdul Samad.

Wakil agensi media dan blogger tempatan, termasuk dari Media Permata dan Borneo Bulletin, tersebut akan berada di sana sehingga 21 Oktober.

Wakil-wakil media tempatan bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin.
Wakil-wakil media tempatan bergambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin.

Dalam perlumbaan itu, warga media dari pelbagai negara ASEAN akan digabungkan untuk meneroka Malaysia ke beberapa buah negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka.

Program ini bertujuan untuk membawa warga media dan blogger untuk mendapatkan pengalaman daripada hospitaliti, kemudahan dan tempat-tempat pelancongan di Malaysia.

Menerusi program ini, warga media dan blogger akan dibawa dari Kuala Lumpur hingga ke bandar bersejarah Melaka.

ARTIKEL YANG SAMA