Warga Mexico mengundi Ahad ini

Warga Mexico mengundi Ahad ini

BANDAR MEXICO, 5 Jun (AFP) – Warga Mexico mengundi Ahad ini dalam pilihan raya separuh penggal selepas satu kempen paling goyah dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan, dengan calon-calon dibunuh dan guru-guru yang memberontak membakar undi dalam usaha untuk menyekat pengundian.

Kesatuan guru-guru radikal CNTE membantah sepanjang minggu di negeri selatan miskin, menggeledah bangunan Institusi Pilihan raya Kebangsaan dan pejabat-pejabat serantau Parti Presiden Enrique Pena Nieto dalam kemarahan terhadap reformasi pendidikan.

Di sebalik kekacauan, pihak berkuasa berkata mereka yakin pilihan raya untuk memilih 500 anggota dewan rendah Kongres, kira-kira 900 orang datuk bandar dan sembilan gabenor akan diteruskan.

Ia adalah ujian pilihan raya besar pertama bagi Pena Neito, yang berusaha menjayakan janji pilihan rayanya pad tahun 2012 untuk mewujudkan kembali “keamanan” ke Mexico selepas keganasan kartel dadah selama bertahun-tahun.

Tinjauan pendapat menunjukkan parti Revolusi Institusi beliau (PRI) dan sekutunya akan mengekalkan majoritinya dalam Kongres di sebalik skandal politik dan rasa tidak puas hati terhadap keselamatan.

Para pengundi yang berang terhadap parti-parti biasa masih boleh memberi teguran kepada ahli-ahli politik dengan memilih calon yang suka berterus terang yang mendapat nama julukan “El Bronco” sebagai gabenor bebas pertama di negeri industri, Nuevo Leon.

Tetapi keganasan menghantui pada hari pengundian di selatan.

“Ini adalah kempen paling sukar dan kacau dengan lebih banyak pembunuhan calon dan anggota kakitangan kempen,” Javier Oliva, seorang pakar keselamatan di Universiti Kebangsaan berautonomi Mexico memberitahu AFP.

Kebimbangan besar adalah di Guerrero dan Oaxaca, yang mana guru-guru telah membakar berpuluh-puluh ribu undi.

ARTIKEL YANG SAMA