Warga Myanmar...

Warga Myanmar tolak rancangan kerajaan

SITWE, Myanmar, 19 Mac – Ratusan penganut agama Buddha di Myanmar mengadakan protes terhadap rancangan kerajaan untuk memberikan kerakyatan kepada beberapa ahli komuniti minoriti Islam Rohingya di negara itu.

Parti dominan di negeri Rakhine, Parti Kebangsaan Arakan mengetuai protes tersebut di Sittwe, di mana kebanyakan Rohingya tinggal di sana sebelum berlakunya keganasan terhadap etnik itu pada tahun 2012 yang memaksa mereka meninggalkan kediaman mereka.

“Kami membuat protes untuk membe-ritahu kerajaan untuk mengikuti undang-undang kerakyatan 1982 dan kami tidak akan membenarkan pihak kerajaan memberikan kad-kad kerakyatan terhadap para pendatang asing ini,” kata Aung Htay, seorang penganjur protes berkenaan.

Etnik Rohingya berdepan diskriminasi teruk di Myanmar yang majoriti beragama Buddha, dengan kebanyakan di Rakhine dan tempat lain menganggap mereka pendatang asing dari negara jiran Bangladesh, meskipun Rohingya telah berada di Myanmar dalam beberapa generasi. Dalam keganasan 2012 telah mengorbankan ratusan orang dan mengusir kira-kira 140,000 orang, sebahagian besar orang-orang Rohingya kini tinggal di khemah-khemah.

Antara penduduk Myanmar yang turut serta dalam protes tersebut. – AP
Antara penduduk Myanmar yang turut serta dalam protes tersebut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA