Warga Palestin berpindah ke bandar baru

Warga Palestin berpindah ke bandar baru

RAWABI, Tebing Barat, 14 Jun (AP) – Selepas rintangan selama bertahun-tahun, penduduk Palestin dengan bangganya mula berpindah masuk ke bandar yang kali pertama mereka rancangkan yang telah dibina di Tebing Barat, satu langkah yang bukan hanya tentang hartanah tetapi juga simbol pencarian mereka bagi taraf negara selepas hampir 50 tahun pendudukan ketenteraan Israel.

Meskipun Rawabi belum siap, pusat-pusat membeli belah dan bertingkat tingginya itu mewujudkan rasa kebanggaan dan keterujaan luar biasa akan wilayah pada ketika kemelesetan meningkat ekoran terbantutnya usaha damai Timur Tengah.

Pemaju berketurunan Palestin-Amerika, Bashar Masri mengimpikan Rawabi, yang bermakna “bukit’ dalam bahasa Arab, pada tahun 2007. tetapi pembinaan bandar itu, yang terletak kira-kira 40 kilometer utara Baitulmaqdis, berkali-kali terbantut disebabkan halangan politik. Kerja-kerja hanya bermula dalam tahun 2012.

Bertapak di puncak bukit yang dulu sepi, ini adalah bandar pertama Palestin yang sedang dibina mengikut pelan rekaan bandar moden. Kemudahan moden dan reka letak teratur itu berlainan dengan bandar-bandar dan kampung-kampung Palestin yang dalam kelam kabut di kawasan itu.

Gambar menunjukkan seorang penduduk Palestin tiba di pangsapuri yang baru dibina di Tebing Barat Rawabi, utara Ramallah. Selepas halangan bertahun-tahun, Palestin mula bergerak ke bandar rancangan pertama yang dibina di Tebing Barat. – AP
Gambar menunjukkan seorang penduduk Palestin tiba di pangsapuri yang baru dibina di Tebing Barat Rawabi, utara Ramallah. Selepas halangan bertahun-tahun, Palestin mula bergerak ke bandar rancangan pertama yang dibina di Tebing Barat. – AP

Sejak Januari, penduduk-penduduk pertama telah berpindah masuk secara perlahan-lahan.

Mahmoud Khatib datang ke sini bersama isteri dan tiga orang anaknya dari kampung berhampiran kerana mereka ingin tinggal di bandar moden. Pertama, ‘itu adalah satu idea,’ kata pengurus bank berusia 41 tahun itu yang memberitahu Associated Press. Kemudian ‘ia menjadi realiti.”

Isterinya, Sanaa, 40 tahun begitu ghairah tentang rumah barunya.

“Di sini segala-galanya teratur. Ada kawasan permainan selamat untuk anak-anak, yang mana kebimbangan tidak ada apabila mereka keluar. Perkhidmatan berpusat dan boleh diperolehi 24 jam,” ujarnya. “Itu adalah tempat yang saya impikan untuk didiami.”

Rakyat Palestin menganggap Tebing Barat, yang ditawan Israel di Timur tengah pada tahun1967 sebagai negara merdeka mereka, berserta dengan timur Baitulmaqddis dan Semenanjung Gaza.

ARTIKEL YANG SAMA