Warga Palestin maut dilanggar jip Israel

Warga Palestin maut dilanggar jip Israel

RAMALLAH, Wilayah Palestin, 14 Jun (AFP) – Anggota tentera Israel membunuh seorang warga Palestin hari ini dengan melanggar mangsa menggunakan kenderaan jip mereka ketika pertempuran berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber-sumber keselamatan Palestin.

Abdallah Ghanayem, 21, meninggal dunia selepas dilanggar dengan kenderaan ketika pertempuran meletus di kampung Kfar Malik berikutan serbuan pada subuh oleh tentera Israel, kata sumber-sumber.

Jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa warga Palestin itu maut selepas beliau membaling bom pembakar ke arah sebuah jip dan kenderaan itu menghala ke arahnya.

Ia merupakan kematian kedua warga Palestin dalam pertempuran dengan tentera Israel dalam tempoh kurang seminggu, selepas seorang lelaki ditembak mati ketika pertempuran dengan tentera pada Rabu lepas di kem pelarian di utara Tebing Barat.

ARTIKEL YANG SAMA