Warga Palestin miliki bom paip ditangkap di trem

Warga Palestin miliki bom paip ditangkap di trem

BAITULMUQADDIS, 17 Julai – Seorang warga Palestin yang membawa bom paip dalam begnya telah ditangkap dan bahan letupan itu telah dirampas berhampiran stesen trem di perbandaran Baitulmuqaddis hari ini, menurut polis.

Suspek berkenaan, seorang penduduk Beit Ula berhampiran Hebron, Tebing Barat yang diduduki, berusia dalam awal 20-an, berdiri di belakang stesen itu dengan membawa sebuah beg dan menimbulkan rasa ragu seorang pengawal trem, menurut polis.

Pengawal memeriksa kandungan beg dan melihat apa yang kelihatannya seperti bom.

Dia menelefon polis, yang menutup kawasan itu dan merampas ‘tiga bom paip berwayar bersama’, menurut kenyataan polis. Telefon bimbit dan pisau juga terdapat dalam beg tersebut.

Suspek berkenaan telah ditangkap.

Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat telah mengeluarkan kenyataan yang memuji anggota pasukan itu kerana ‘mencegah serangan besar’ dan menyeru orang awam untuk meneruskan rutin harian mereka.

Keganasan di wilayah Israel dan Palestin sejak Oktober lepas telah mengorbankan sekitar 215 warga Palestin, 34 warga Israel, dua Amerika, seorang Eritrea dan Sudan. – AFP