Warga Palestin tegah barangan 5 firma Israel

Warga Palestin tegah barangan 5 firma Israel

BAITULMAQDDIS, 23 Mac (AFP) – Kerajaan Palestin telah mengumumkan produk-produk dari lima syarikat Israel akan dicegah daripada memasuki Tebing Barat yang diduduki, mengelarnya ia adalah tindak balas kepada keputusan serupa yang dilakukan oleh negeri Yahudi itu.

“Sebagai tindak balas atas keputusan Israel untuk menegah kemasukan produk-produk Baitulmuqaddis dari lima syarikat Palestin, kerajaan memutuskan untuk menegah kemasukan produk-produk dari lima syarikat Israel” ke Tebing Barat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat kabinet mingguan kelmarin.

Keputusan itu berkuat kuasa serta-merta, tambahnya.

Kelima-limanya menyasarkan firma-firma dari syarikat Tnuva, Strauss dan Tara, firma daging Zoglobeck dan syarikat minuman Tapuzina.

Warga Palestin sering diancam untuk berhenti membeli barangan Israel, yang mewakili lebih dua pertiga daripada pengimportan Palestin dan berjumlah hampir AS$6.5 bilion setahun.

Namun keputusan pada Selasa itu, jika diimplementasikan secara efektif, akan menjadi yang pertama.

Terbaru, Israel telah mengharamkan produk dari lima perniagaan Palestin dari memasuki Baitulmaqddis, menurut para pegawai Palestin.

Pihak berkuasa Israel merujuk persoalan ke atas isu-isu berkenaan kepada kementerian pertanian, yang tidak memberi respons ke atas permintaan memberi komen.

Lebih 90 peratus eksport Palestin pergi ke Israel, terutamanya kerana kos tinggi bagi mengangkut barangan ke tempat-tempat lain.

Israel mengawal semua sempadan ke Tebing Barat, oleh itu eksport ke seluruh dunia perlu melintasi Israel.