Warga Palestin terperangkap di terowong Gaza

Warga Palestin terperangkap di terowong Gaza

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin, 10 Mac (AFP) – Enam warga Palestin terperangkap dan beberapa orang hilang hari ini selepas terowong menyeludup Gaza runtuh, kata pegawai pertahanan awam tempatan.

Dia menggambarkan laluan bawah tanah dari bandar Rafah selatan Gaza menuju ke negara jiran Mesir itu sebagai ‘terowong perdagangan’.

Keruntuhan yang keenam sejak Januari itu adalah disebabkan oleh pihak Mesir membanjiri zon sempadan itu dalam kempennya untuk menghentikan penyeludupan, kata pegawai kepada AFP.

Pihak berkuasa telah bercakap kepada salah seorang lelaki yang terperangkap itu melalui telefon dan usaha menyelamat sedang diteruskan, tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA