Warga Palestin tikam dua askar Israel

Warga Palestin tikam dua askar Israel

BAITULMUQADDIS, 18 Julai – Seorang warga Palestin menikam dua askar Israel di Tebing Barat yang diduduki hari ini sebelum ditembak dan ditangkap, beberapa bulan selepas abangnya dibunuh ketika melancarkan serangan, menurut tentera Israel.

“Penyerang bersenjatakan sebilah pisau itu menikam dua askar (Pasukan Pertahanan Israel) semasa menjalankan aktiviti rutin berhampiran Al-Arroub,” menurut kenyataan tentera, merujuk kepada kawasan selatan Baitul Laham di selatan Tebing Barat.

“Pasukan tentera telah menembak dan menahan penyerang,” tambahnya.

Seorang jurucakap tentera wanita berkata kecederaan yang dialami dua askar berkenaan tidak mengancam nyawa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA