Warga PDB tunai ibadah korban

Warga PDB tunai ibadah korban

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Badan Ugama Islam turut tidak ketinggalan menyemarakkan Hari Raya Aidiladha dengan melaksanakan Ibadah Korban dan Akikah.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi mengagih-agihkan daging korban ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam. Turut hadir ialah para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah PDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.

Tahun ini, sebanyak lima ekor sapi telah dikorbankan dan melibatkan 35 peserta dengan 28 orang melaksanakan ibadah korban dan seramai tujuh orang meniatkan untuk akikah.

Tetamu kehormat menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.
Tetamu kehormat menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA