Warga PKBN la...

Warga PKBN lawat Pusat Sejarah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Seramai 90 orang terdiri daripada jurulatih bersama kakitangan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pengambilan ke-6, telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei di ibu negara, petang tadi.

Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pegawai Sejarah Kanan Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad dan kakitangan pusat tersebut.

Dalam lawatan itu, rombongan telah diberikan taklimat mengenai sejarah Negara Brunei Darussalam yang di-sampaikan oleh Pengiran Hajah Mahani dan Pegawai Sejarah pusat berkenaan, Hajah Siti Aisah binti Pungut. Rombongan juga berpeluang mempelajari takapan batu nisan, khat jawi dan salasilah dengan bantuan daripada pakar Pusat Sejarah.

Menurut, Jurulatih Kemahiran PKBN, Awang Mohammad Yunos bin Haji Abdul Talip, antara tujuan lawatan di bawah aktiviti PKBN itu adalah bagi meningkatkan lagi pengetahuan para peserta pelatih PKBN mengenai sejarah negara ini.

Rombongan dari PKBN ketika mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan dari PKBN ketika mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA