Warga polis semarakkan Awal Tahun Hijrah

Warga polis semarakkan Awal Tahun Hijrah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1437, Pasukan Polis Diraja Brunei mengadakan Majlis Ceramah Khas, bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor. Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam, serta pegawai-pegawai dan anggota pangkat Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan solat sunat Hajat berjemaah dan diikuti bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin hadir selaku tetamu kehormat. - Gambar oleh Muiz Matdani
Dato Paduka Seri Haji Bahrin hadir selaku tetamu kehormat. – Gambar oleh Muiz Matdani

Ceramah khas yang menyentuh mengenai penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W serta penghijrahan dalam diri kepada yang lebih baik dan berkualiti disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Abdul Rahman Haki.

Acara tersebut merupakan antara aktiviti tahunan Badan Ugama Islam Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam mengimarahkan Surau Ibu Pejabat Polis Gadong serta untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga polis.

ARTIKEL YANG SAMA