Warga Politeknik derma darah

Warga Politeknik derma darah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 16 Mac – Dalam usaha menggalakkan tanggungjawab sosial dalam kalangan pegawai dan kakitangan serta pelajarnya menderma darah untuk menyelamatkan nyawa, Kuliah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei mengadakan kempen derma darah di dewan serba guna kampus itu di sini, hari ini.

Sebelum pengambilan darah, pegawai-pegawai dari Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah menyampaikan serba sedikit taklimat mengenai pendermaan darah dan meningkatkan kesedaran kepada penderma serta manfaat menderma darah.

Melalui kempen ini, diharapkan warga Politeknik Brunei akan dapat menjadikan pendermaan darah sebagai satu tabiat sepanjang hayat mereka. Ia juga sebagai inisiatif berterusan Politeknik Brunei untuk membantu pihak hospital menambahkan lagi stok darah bagi kegunaan mereka yang memerlukan.

Antara warga Politeknik Brunei yang mendermakan darah mereka.
Antara warga Politeknik Brunei yang mendermakan darah mereka.