Warga PTE Tutong sertai ‘Lakau-lakau’

Warga PTE Tutong sertai ‘Lakau-lakau’

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Nov – Seramai 60 orang tutor, pensyarah dan kakitangan dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong telah mengikuti Program ‘Lakau-lakau’ di Taman Eco Ponies, Kampung Bang Nukat, Lamunin, Tutong, petang kelmarin.

Program anjuran Jabatan Aktiviti Ko-Kurikulum (CCA) dan Kaunseling itu berkonsepkan riadah sambil membentuk kerja berpasukan di antara guru-guru dan kakitangan PTE Tutong. Selain itu, program tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menilai sinergi pasukan serta untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat baru mengenai aktiviti riadah.

Antara pengisian program tersebut adalah penanaman pohon herba berpasukan dan cabaran memasak berpasukan yang perlu disesuaikan dengan tema ‘Masakan Pisang’.

Turut hadir mengikuti program riadah tersebut ialah Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

Gambar ramai bersama yang menyertai program tersebut.
Gambar ramai bersama yang menyertai program tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA