Warga Pusat Ehsan dirai

Warga Pusat Ehsan dirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Suruhanjaya Tinggi Singapura di Brunei Darussalam bersama Persatuan Singapura di Brunei Darussalam hari ini mengadakan majlis berbuka puasa bagi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) di Kampung Bengkurong.

Di awal majlis, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Brunei Darussalam, Lim Hong Huai mengatakan majlis hari ini adalah sangat istimewa bagi dirinya kerana masih baru di negara ini selepas menerima watikah pelantikan awal tahun 2016 yang lalu.

“Suasana puasa di negara ini merupakan pengalaman baru bagi saya dan ia sangat menggalakkan terutama untuk berkongsi semangat dan bersatu hati antara Persatuan Warga Singapura dan Suruhanjaya Tinggi Singapura untuk mengadakan acara berkebajikan seperti ini,” ujar beliau.

Penyerahan cek daripada Lim Hong Huai yang diterima oleh Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab.
Penyerahan cek daripada Lim Hong Huai yang diterima oleh Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab.

pg10_160615_d

Menurutnya, beliau sangat berbesar hati untuk meneruskan tradisi yang dimulakan oleh mantan Pesuruhjaya Tinggi Singapura seperti Joseph Koh dan Jaya Ratnam untuk menyumbangkan semampu mungkin kepada pusat berkenaan.

Kira-kira 120 orang pelajar, ibu bapa, penjaga serta warga Pusat Ehsan menghadiri majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA