Warga Queensland positif Zika

Warga Queensland positif Zika

SYDNEY, 30 Mei – Seorang penduduk Australia dari negeri Queensland telah diuji positif dijangkiti virus Zika, selepas pulang daripada percutian di Thailand dan Indonesia.

Kerajaan negeri Queensland mengesahkan kes virus yang diimport itu kepada Xinhua hari ini. Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Awam Tropika Richard Gair berkata pihak berkuasa sedang mengambil tindakan.

“Jika nyamuk tempatan telah menggigit individu yang terjejas, nyamuk berkenaan tidak akan berjangkit sehingga pertengahan minggu berikutnya,” kata gair.

Gambar fail – menunjukkan nyamuk aedes aegypti yang dilihat dalam sangkar nyamuk di sebuah makmal di Cucuta, Colombia. – AP
Gambar fail – menunjukkan nyamuk aedes aegypti yang dilihat dalam sangkar nyamuk di sebuah makmal di Cucuta, Colombia. – AP

Kawasan Asia Pasifik telah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus bawaan nyamuk itu, kini ditemui dalam kadar epidemik di Amerika, setelah diisytiharkan kecemasan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal Februari.

Virus tersebut telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dalam anak damit yang belum lahir. Kerajaan negeri Queensland mendapati virus Zika biasanya satu penyakit yang tidak serius. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA