Warga RBC adakan Majlis Khatam Al-Quran

Warga RBC adakan Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC), hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran melibatkan 32 kakitangannya, yang diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 15 anak yatim warga RBC.

Majlis yang berlangsung di Dewan Emperor’s Court, Hua Ho Manggis itu dihadiri oleh Pemangku Pengurus Besar RBC, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh dan Pegawai Operasi Korporat, Leftenan Kolonel (B) Haji Mohd Salleh bin Haji Suhaili.

Majlis tahunan ini bertujuan untuk menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan amal jariah di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan RBC. Selain itu, ia juga memupuk sifat saling prihatin dan memberikan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan.

Pengiran Haji Abdul Rahman (3 kiri) bersama para tetamu yang lain hadir di majlis khatam itu.
Pengiran Haji Abdul Rahman (3 kiri) bersama para tetamu yang lain hadir di majlis khatam itu.
Leftenan Kolonel (B) Haji Mohd Salleh semasa menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.
Leftenan Kolonel (B) Haji Mohd Salleh semasa menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA