Warga RBTS bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga RBTS bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – ROYAL Brunei Technical Services (RBTS) hari ini mengadakan majlis membaca surah Yasin dan Tahlil di bulan Ramadan di Kubah Makam Diraja di Batu satu.

Majlis itu dihadiri kira-kira 50 warga RBTS yang beragama Islam diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Interim RBTS, Adi Shamsul bin Haji Sabli yang turut menyertai bacaan Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Awang Mohammad Zulfikri bin Haji Md. Ali.

Majlis itu merupakan program keagamaan tahunan RBTS di samping mengadakan acara keagamaan lain seperti Ceramah Khas, Bertadarus dan Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan dan memeriahkan bulan Ramadan yang penuh dengan kebajikan ini.

Di samping itu, majlis seperti ini turut menjadi wadah mengeratkan silaturahim dan hubungan kerjasama erat di kalangan warga RBTS sendiri dan orang ramai.

Warga RBTS ketika membaca Yasin dan bertahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.
Warga RBTS ketika membaca Yasin dan bertahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA