Warga RTB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga RTB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sempena Ulang Tahun Penubuhan ke-59 tahun, Radio Televisyen Brunei (RTB) hari ini mengadakan majlis membaca tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Majlis dihadiri oleh Pengarah RTB, Haji Muhd Suffian bin Haji Bungsu dan para pegawai serta kakitangannya.

Majlis bertahlil dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan doa kesyukuran dibacakan oleh Awang Abdul Qawi bin Haji Yamin.

Warga RTB semasa bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Warga RTB semasa bertahlil di Kubah Makam Diraja.

RTB mula ke udara pada 2 Mei 1957 yang mana Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan merasmikannya, bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1376 Hijrah.

Pada ketika itu, siaran RTB hanya boleh didengar selama 2 jam dan 45 minit setiap hari dengan liputan yang agak terbatas. Kini, RTB sudah pun mempunyai lima rangkaiannya yang terus berperanan menjadi wadah maklumat, mendidik dan menghibur rakyat negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA