Warga RTB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga RTB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Sempena siaran perkhidmatan TV Brunei ke-40, Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Perdana Menteri, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Mengetuai majlis bertahlil itu ialah Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu dan turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa pengurusan, para pegawai dan kakitangan RTB.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Penolong Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Mohd Azim bin Haji Ali.

Majlis keagamaan ini juga bertujuan untuk mengambil berkat dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

Mengetuai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja tersebut ialah Haji Muhammad Suffian.
Mengetuai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja tersebut ialah Haji Muhammad Suffian.

Siaran televisyen RTB bermula pada tahun 1975, menjadikannya siaran televisyen berwarna yang pertama di rantau Asia.

Penyiarannya pula bermula daripada dua saluran, iaitu saluran 5 dan 8, namun kini RTB menyediakan lima saluran iaitu RTB1, RTB2, RTB3, RTB4 dan RTB5.

ARTIKEL YANG SAMA