Warga SA Bright Jigsaw semarakkan Ramadan

Warga SA Bright Jigsaw semarakkan Ramadan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Lebih 70 pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw, Kampung Salambigar mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Salambigar, hari ini.

Majlis itu merupakan acara tahunan yang pertama dianjurkan oleh pihak pentadbir Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw, Haji Sambas bin Haji Bagol dan Pengetua Sekolah, Dayang Catherine C Sandiago.

Haji Sambas (keempat dari kiri) di Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
Haji Sambas (keempat dari kiri) di Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
Dayang Catherine Sandiago (paling kanan) di Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
Dayang Catherine Sandiago (paling kanan) di Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA