Warga SASA bertahlil di Kubah Makam Diraja

Warga SASA bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Siti Lizawati Mhd

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Sempena Bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, rombongan seramai 121 orang warga Sekolah Arab Sungai Akar (SASA) telah mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran sekolah berkenaan, Haji Norhisyam bin Haji Mohamad Noor itu disertai oleh para pegawai, guru agama dan penuntut-penuntut Tahun 10 sekolah berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Awang Mohamad bin Ali. Sementara itu, Doa Tahlil pula dibacakan oleh pegawai sekolah berkenaan, Awang Muhamad Nur Hadi bin Ismail.

Majlis seumpama itu bertujuan bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda, di samping dapat memperbanyakkan lagi ibadah-ibadah sunat khususnya di bulan yang mulia ini.

Antara yang menghadiri majlis tersebut di Kubah Makam Diraja.
Antara yang menghadiri majlis tersebut di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA