Warga SDV dengar ceramah keselamatan dan kesihatan

Warga SDV dengar ceramah keselamatan dan kesihatan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi dan ia adalah tanggungjawab bersama.

Untuk itu, SDV Logistics (B) Sdn Bhd mengadakan ceramah kesihatan sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan 2016 di premisnya di Tapak Perindustrian Serasa Muara, yang dihadiri lebih 30 orang warga kerjanya.

Ceramah bertajuk Tekanan di Tempat Kerja: Cabaran Kolektif itu disampaikan oleh Pegawai Perubatan Bahagian Pesakit Luar Kementerian Kesihatan, Maria Pureza Aurelio Fonlelera.

Dalam ceramah beliau antara lain menggariskan tekanan di tempat kerja menjadi isu global yang menjejaskan semua negara, profesion dan pekerja sama ada di negara maju dan negara yang membangun.

Gambar ramai warga SDV Logistics selepas ceramah.
Gambar ramai warga SDV Logistics selepas ceramah.

Beliau menjelaskan, antara faktor yang boleh menyebabkan tekanan di tempat kerja ialah bahaya psikososial (psychosocial hazards) dan ini ditakrifkan oleh ILO pada tahun 1984 sebagai interaksi antara dan di antara persekitaran kerja, kandungan kerja, keadaan dan pekerja organisasi, kapasiti, keperluan, budaya dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA