Warga sekolah hadiri Tazkirah Ramadan

Warga sekolah hadiri Tazkirah Ramadan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Kira-kira 500 pelajar Tahun 9 hingga 11 Sekolah Menengah Sayyidina Husain, mendengar Tazkirah Ramadan yang berlangsung di dewan sekolah itu, baru-baru ini.

Tazkirah telah disampaikan oleh Haji Jufri bin Haji hidup yang membincangkan tajuk ‘Amalan dan Cabaran di Bulan Ramadan’, dengan dipengerusikan oleh Haji Mohammad Jaya bin Haji Metussin.

Majlis keagamaan tahunan sekolah itu merupakan sebahagian daripada aktiviti menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mubarak dan sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1436H/2015M.

Majlis turut dihadiri oleh kakitangan sekolah berkenaan termasuk warga pentadbiran dan guru-guru serta seluruh warga kerjanya.

Haji Jufri (kiri) ketika menyampaikan tazkirah di majlis itu.
Haji Jufri (kiri) ketika menyampaikan tazkirah di majlis itu.

Menurut kenyataan penganjur, majlis berkenaan juga menjadi wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan warga pentadbiran sekolah melalui acara keagamaan dan berkebajikan.

ARTIKEL YANG SAMA