Warga sekolah, pasukan polis senamrobik bersama

Warga sekolah, pasukan polis senamrobik bersama

TEMBURONG, 2 Nov – Seramai 35 pelajar dan guru dari Sekolah Pai Yuek, Bangar, yang diketuai oleh Guru Besarnya, Awang Ang Wah Bin telah menyertai aktiviti senamrobik bersama pegawai dan anggota Balai Polis Bangar dan Daerah Polis Temburong, baru-baru ini.

Acara yang berlangsung di kawasan lapang Balai Polis Bangar itu merupakan aktiviti mingguan balai berkenaan dan kesempatan itu diambil dengan mengundang para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut untuk beriadah bersama.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat dan mengikuti sendiri aktiviti dan amalan sihat pasukan polis dalam bersukan untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan dan minda.

Pada masa yang sama, pendekatan seperti itu juga dibuat bagi merapatkan hubungan positif antara warga pasukan dan masyarakat di Daerah Temburong, menurut kenyataan dari Pasukan Polis Diraja Brunei yang diterima di sini, hari ini.

Aktiviti senamrobik mingguan anggota Balai Polis Bangar dan Daerah Polis Temburong turut mengundang pelajar dan guru Sekolah Pai Yuek.
Aktiviti senamrobik mingguan anggota Balai Polis Bangar dan Daerah Polis Temburong turut mengundang pelajar dan guru Sekolah Pai Yuek.
Antara warga Sekolah Pai Yuek dan Pasukan Polis Diraja Brunei yang menyertai senamrobik baru-baru ini.
Antara warga Sekolah Pai Yuek dan Pasukan Polis Diraja Brunei yang menyertai senamrobik baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA