Warga SM Tj Maya bantu keluarga susah

Warga SM Tj Maya bantu keluarga susah

pg02_150714_a

TUTONG, 13 Julai – Melalui Program ‘Jami Prihatin,’ sebanyak empat buah keluarga telah pun menerima bantuan derma dari warga Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong.

Bantuan berupa wang, makanan asasi dan keperluan juadah hari raya telah pun disampaikan oleh Cikgu Hajah Norzan binti Haji Meludin, Pengetua Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong semasa majlis berdudun ke rumah penerima-penerima bantuan di Kampung Lamunin, Kampung Long Mayan, Kampung Bukit Udal and Kampung Layong. Rombongan terdiri daripada pentadbir sekolah, serta guru-guru dari Jabatan Pendidikan Jasmani, Sains Sosial dan Pra-Vokasional.

Program ‘Jami Prihatin’ merupakan program amal warga sekolah sempena ‘Bulan Menghayati Ramadan’ yang diadakan pada setiap tahun. Program pada tahun ini juga melibatkan para ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang turut sama memberikan sumbangan.

Ia bertujuan untuk meringankan beban dan menceriakan keluarga yang terpilih dalam menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang nanti, selain diharap agar dapat menanamkan rasa kekeluargaan dan nilai tanggungjawab dan keprihatinan di kalangan warga sekolah, yang juga merupakan nilai teras Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA