Warga SMARTER selusuri Kampong Ayer

Warga SMARTER selusuri Kampong Ayer

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Seramai 60 orang pelajar dari Pusat Autisme Brunei bagi Orang Dewasa (BACA) di bawah Persatuan Pengurusan Autisme yang berkaitan dengan Isu Latihan, Pendidikan dan Sumber (SMARTER) Brunei, bersama keluarga serta guru-guru mereka telah menyusuri Kampong Ayer dengan menaiki kapal persiaran (cruise), hari ini.

Rombongan berkenaan telah berkumpul di Jeti Queen Elizabeth, Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Matan sebelum menyusuri Kampong Ayer selama dua jam bagi menikmati pemandangan yang ada sepanjang pelayaran.

Ini merupakan rombongan ketiga pelajar SMARTER pergi untuk bersiar menggunakan kapal persiaran. Kelmarin, seramai 120 orang pelajar dari Autism EDGE Centre juga telah dibawa bersiar menaiki kapal persiaran bagi sesi pagi dan petang.

Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman ketika ditemui Media Permata, menjelaskan bahawa tujuan acara ini diadakan adalah bagi mengisikan masa cuti persekolahan seperti pelajar-pelajar normal menjalani percutian mereka.

Sesi bergambar ramai para pelajar SMARTER bersama Presiden SMARTER, keluarga para pelajar dan juga guru-guru mereka selepas menikmati perjalanan.
Sesi bergambar ramai para pelajar SMARTER bersama Presiden SMARTER, keluarga para pelajar dan juga guru-guru mereka selepas menikmati perjalanan.
Salah seorang pelajar kelihatan ceria ketika sedang menaiki kapal persiaran berkenaan.
Salah seorang pelajar kelihatan ceria ketika sedang menaiki kapal persiaran berkenaan.
Kelihatan salah seorang pelajar SMARTER menikmati pemandangan.
Kelihatan salah seorang pelajar SMARTER menikmati pemandangan.

Acara ini, jelas beliau, bukanlah ditaja oleh mana-mana pihak melainkan ditaja oleh keluarga pelajar SMARTER sendiri.

“Ini adalah sesuatu yang kita mahu anjurkan bertujuan bagi membangunkan kemahiran sosial, mengeratkan ikatan tali silaturahim dan menikmati detik-detik yang indah antara mereka dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.

“Kami juga akan mengadakan perkhemahan tiga hari dua malam, nanti pada bulan September, Insya-Allah bertempat di Hutan Simpan Berakas,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA