Warga SMES beraya bersama anak yatim

Warga SMES beraya bersama anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 11 Julai – Kira-kira 300 orang anak yatim di daerah ini telah diraikan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Syarikat Suasana Mentari Engineering Services Sdn Bhd (SMES) di sini, hari ini.

Majlis tersebut diadakan di kediaman Pengarah Urusan SMES, Awang Yusof bin Haji Othman di Jalan Dipa Negara Mumong di sini, dan bermula dari pukul 5 petang hingga kira-kira pukul 12 tengah malam, di mana majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Awang Yusof.

Sebagai acara tahunan syarikat berkenaan, majlis tersebut antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, dan menambah ceriakan lagi suasana berhari raya bersama dengan anak-anak yatim supaya mereka akan sama-sama merasakan kebahagiaan hari yang mulia ini.

Awang Yusof memberitahu, di samping mengundang anak-anak yatim pada majlis tersebut, ia turut berkonsepkan Majlis Rumah Terbuka dengan mengalu-alukan ramai pen-gunjung yang terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan, sanak saudara, rakan-rakan perniagaan dan masyarakat sekampung.

Di samping mengadakan majlis sambutan Hari Raya, SMES pada bulan Ramadan lalu juga telah turut menganjurkan majlis bersungkai bersama anak-anak yatim, dan juga menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di daerah ini serta anak-anak yatim, yang telah diadakan di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) Seria bulan lalu.

Pengarah Urusan SMES bersama dengan kalangan anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka pada Majlis Sambutan Hari Raya SMES di sini.
Pengarah Urusan SMES bersama dengan kalangan anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka pada Majlis Sambutan Hari Raya SMES di sini.

ARTIKEL YANG SAMA