Warga S’pura maut aromaterapi meletup

Warga S’pura maut aromaterapi meletup

SINGAPURA, 29 Okt (dpa) – Seorang bapa anak lima berusia 35 tahun melecur dengan teruk minggu lalu apabila peresap aromaterapi menyebabkan letupan dan kebakaran berlaku, laporan media, hari ini.

Keluarga itu menggunakan peresap setiap malam sejak jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia menyelimuti republik ini.

Mohammed Rizalludin Hassan sedang menambah minyak pati dari bekas peresap lima liter di bilik mandi apabila keluarga terdengar bunyi kuat dan melihat dia berlari keluar dijilat api.

“Apabila saya melihat suami saya terbakar, saya begitu terkejut, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” isterinya Nurul Asyikin Norman memberitahu tabloid tempatan The New Paper.

“Saya panik dan benar-benar terlupa semua prosedur keselamatan semasa kebakaran.”

Isteri dan ibu mertuanya berjaya memadamkan api, dan Hassan telah dibawa ke unit rawatan rapi dengan 80 peratus badannya terbakar, tetapi meninggal dunia pada 22 Oktober.

Keluarga itu telah membeli dua bekas plastik minyak 5 liter selepas melihat promosi dalam talian. Mereka diberi peresap aromaterapi percuma dan botol minyak tambahan 2 liter yang disimpan dalam bilik air bilik tidur utama.

Dalam ruang terkurung, asap minyak mudah terbakar dengan perubahan kimia semasa terapi, dan percikan api boleh menyebabkan letupan,” seorang profesor kimia di Universiti Kebangsaan Singapura, Gao Zhiqiang memberitahu The New Paper.

ARTIKEL YANG SAMA