Warga SRPB sambut Raya penuh meriah

Warga SRPB sambut Raya penuh meriah

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Murid-murid dan guru Sekolah Rendah Pantai Berakas (SRPB), kluster 3 tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Anak Wira sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, yang diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SRPB, Dayang Shahrinah binti Shahbudin.

Sambutan hari raya berkenaan diserikan dengan persembahan oleh murid-murid sekolah berkenan, yang antaranya persembahan tarian, nyanyian dan ucapan Hari Raya daripada murid sekolah tersebut.

Dayang Shahrinah menyampaikan sampul Hari Raya kepada setiap murid yang hadir.
Dayang Shahrinah menyampaikan sampul Hari Raya kepada setiap murid yang hadir.
Dayang Shahrinah bergambar ramai bersama murid-murid dan guru Sekolah SPRB semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Anak Wira.
Dayang Shahrinah bergambar ramai bersama murid-murid dan guru Sekolah SPRB semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Anak Wira.

Guru-guru juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan tersebut dengan acara kuiz dan ucapan Hari Raya.

Acara kemuncak sambutan tersebut ialah penyampaian sampul Hari Raya kepada setiap murid yang hadir.

Turut hadir pada sambutan itu ialah penolong guru besar, pegawai pendidikan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta para murid.

ARTIKEL YANG SAMA