Warga SVSB adakan lawatan sambil belajar ke BMC

Warga SVSB adakan lawatan sambil belajar ke BMC

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 21 April – Seramai 20 orang pelajar dan lima tenaga pengajar bahagian HNC Kejuruteraan Mekanikal, Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) di sini, kelmarin.

Terdahulu, rombongan telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Inspektor Keselamatan BMC, Awang Mohd Amirrul bin Ismail sebelum dibawa melawat ke kawasan loji yang diketuai oleh Penyelia Instrumen BMC, Awang Muhammad Firdaus bin Johari; Juruteknik Kanan Mekanikal BMC, Awangku Haji Mohd Adzim bin Pengiran Haji Hamzah dan Pegawai Keselamatan BMC, Awang Abdul Wafiy bin Abdullah Komiti.

Semasa lawatan ke kawasan tersebut, para pelajar turut diberi peluang untuk mengajukan soalan dalam sesi soal jawab berkaitan dengan proses yang dijalankan di kawasan loji itu.

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik serta pengetahuan lebih mendalam bagi meningkatkan kemahiran modul mereka dalam proses loji dan mekanikal. Melalui tinjauan ke kawasan tapak perindustrian syarikat itu juga, ia memberi manfaat kepada para pelajar dalam pendedahan diri kepada persekitaran kerja yang sebenar.

Rombongan SVSB semasa kunjungan ke kawasan Loji BMC.
Rombongan SVSB semasa kunjungan ke kawasan Loji BMC.

ARTIKEL YANG SAMA