Warga Syarikat PAR adakan senaman

Warga Syarikat PAR adakan senaman

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Dalam usaha untuk menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat bagi semua kakitangan, Kumpulan Syarikat PAR baru-baru ini telah mengadakan aktiviti senaman bagi kesemua pekerja di bawah syarikat berkenaan.

Aktiviti anjuran Jabatan Pemasaran Kumpulan PAR itu telah diadakan di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) dan dihadiri lebih 20 orang pekerja daripada kumpulan-kumpulan syarikat berkenaan yang terdiri daripada The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), Charcoal BBQ & Grill, MyTown Eating House, Haagen Dazs, LeGallery Suites Hotel & Apartment, Charcoal Burger, Street Boy dan Cika-Box Tummy Truck. Aktiviti ini juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga pekerja di bawah kumpulan syarikat berkenaan, di samping meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara hidup sihat dalam kehidupan mereka seharian.

Ketua Pusat Dapur Kumpulan PAR, Cef Edwin berkata, “Kami percaya inisiatif penglibatan kakitangan seperti ini akan menggalakkan komunikasi yang lebih terbuka dan mengukuhkan dinamik pasukan apabila mereka lebih mengenali antara satu dengan yang lain, sekali gus mencerminkan nilai-nilai kemesraan, kehormatan, hak milik, kerja berpasukan dan kejujuran.”

Kakitangan dari Kumpulan Syarikat PAR semasa menyertai aktiviti itu. – Gambar CBTL
Kakitangan dari Kumpulan Syarikat PAR semasa menyertai aktiviti itu. – Gambar CBTL

ARTIKEL YANG SAMA