Warga TAIB sertai latihan Marsyal Bomba

Warga TAIB sertai latihan Marsyal Bomba

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB), baru-baru ini, telah menganjurkan latihan Marsyal Bomba selama tiga hari yang dikendalikan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dua kumpulan yang melibatkan 22 peserta setiap satu, mengikuti latihan berkenaan secara berasingan, yang mana program latihan berkenaan merangkumi seminar, latihan dan latihan pemindahan senario.

Dalam latihan berkenaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Balai Dayang Rozita binti Haji Mohd Kamis juga selaku penyelaras bersama kursus tersebut telah menekankan kepentingan dalam menyediakan pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab marsyal bomba.

Kumpulan 1 marsyal bomba bergambar ramai bersama Dayang Rozita semasa latihan marsyal bomba.
Kumpulan 1 marsyal bomba bergambar ramai bersama Dayang Rozita semasa latihan marsyal bomba.

Dengan pengetahuan itu, para marsyal bomba akan mendapat pemahaman lebih baik dalam menghasilkan pelan pemindahan, pelaksanaan prosedur pemindahan, teknik mengangkat yang berbeza untuk digunakan dan kepentingan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka kerana ia merupakan antara kelayakan bagi marsyal bomba membimbing orang ramai ke tempat selamat.

Program tiga hari itu diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para marsyal bomba Perbadanan TAIB yang disempurnakan oleh Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat, ASFR Awang Norzali bin Apong.