Warga Taiwan berkumpul, sokong hukuman mati

Warga Taiwan berkumpul, sokong hukuman mati

TAIPEI, 10 April (AFP) – Beratus-ratus warga Taiwan berkumpul hari ini untuk menunjukkan sokongan bagi mengekalkan hukuman mati, selepas satu serangan di jalan ke atas seorang kanak-kanak yang dipancung kepalanya telah mengejutkan penduduk pulau berkenaan.

Para pembantah berpakaian hitam dan memegang bunga ros putih dalam berkabung atas pembunuhan kanak-kanak yang berusia empat tahun pada 28 Mac lalu berhampiran stesen metro Taipei. Ramai memakai stiker yang berbunyi, ‘Hukuman mati adalah perlu’.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk menghentikan penyerangnya namun ditolak jauh. Beberapa orang di tempat kejadian juga tidak dapat menghentikan lelaki itu yang memancung leher kanak-kanak tersebut menggunakan pisau dapur.

Polis mengatakan lelaki berusia 33 tahun itu sebelumnya telah ditangkap atas kesalahan jenayah berkaitan dadah dan menerima rawatan bagi penyakit mental. Semasa dalam tahanan dia telah diserang oleh sekumpulan perusuh yang marah.

Kes itu muncul kurang daripada setahun selepas seorang kanak-kanak lapan tahun juga telah dikelar lehernya di bilik air sekolah di Taipei.

ARTIKEL YANG SAMA