Warga TelBru dirai

Warga TelBru dirai

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Seramai 1,400 orang pegawai dan kakitangan Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah diraikan pada Majlis Makan Malam Tahunan TelBru yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah selaku Pengerusi TelBru.

Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Michael Kay ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya berkata, sambutan itu bukan sahaja meraikan warga TelBru yang telah berkhidmat bersama TelBru malah sebagai penghargaan kepada warga mereka yang telah memberikan perkhidmatan terbaik.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menekankan bahawa sejak diswastakan pada 1 April 2006, syarikat ini telah menjalani pelbagai perubahan dalam perkhidmatan internet dan banyak lagi, malah TelBru akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

David Michael Kay ketika menyampaikan ucapan.
David Michael Kay ketika menyampaikan ucapan.
Timbalan Menteri Kewangan ketika menghadiri majlis tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan ketika menghadiri majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.
Persembahan nyanyian oleh warga TelBru.
Persembahan nyanyian oleh warga TelBru.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah termasuk Anugerah Kumpulan Terbaik yang menyertai aktiviti sukan, Anugerah Terbaik Teknikal, Anugerah Program Pembeli Misteri, Anugerah Khidmat Lama sekitar 30-38 tahun kepada 68 orang kakitangan, anugerah penghargaan kepada 29 orang bekas kakitangan yang bersara dan anugerah penghargaan kepada kakitangan terbaik.

Majlis juga diselajurkan dengan meraikan Ulang Tahun Penubuhan TelBru ke-10 tahun dengan mempersembahkan lagu ciptaan TelBru bertajuk ‘Tekad TelBru’ hasil ciptaan Awang Adi Rani bin Abdul Rahman dan Dayangku Sahanisah binti Pengiran Haji Metali.

ARTIKEL YANG SAMA