Warga TelBru teruja sertai perbarisan

Warga TelBru teruja sertai perbarisan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Telekom Brunei Berhad (TelBru) adalah antara organisasi utama di negara ini yang menyertai perbarisan pada Upacara Perhimpunan Agung Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kontinjen TelBru itu diketuai Ketua Pegawai Kewangan TelBru, Dayang Eliza Bahriah binti Abdullah.

Salah seorang Pegawai Undang-undang TelBru, Dayangku Anirul Azeemah binti Pengiran Darulehsan dipetik sebagai berkata; “Saya baru sahaja menyertai TelBru dan ini merupakan kali pertama saya menyertai Sambutan Hari Kebangsaan.

pg09_160224_c

pg09_160224_b

“Sebelum ini, saya hanya menyaksikannya di kaca televisyen, saya tidak menjangka ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan patriotik. Saya tidak kisah untuk menyertainya setiap tahun, terutamanya apabila ia adalah untuk negara saya yang tercinta!” ujar beliau yang juga telah dipilih untuk membawa nama TelBru dan nombor kontinjen.

Menurut TelBru, para peserta telah menjalankan latihan-latihan selama beberapa minggu bagi memastikan perarakan dan penyelarasan mereka sempurna pada hari penting itu.

ARTIKEL YANG SAMA