Warga TelBru turut junjung ziarah

Warga TelBru turut junjung ziarah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Rombongan seramai 70 kakitangan Telekom Brunei Berhad (TelBru) berserta anggota keluarga mereka telah berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain pada hari keempat Syawal, kelmarin.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TelBru, Hajah Rosmawati binti Haji Abdul Manaf selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

Aktiviti tahunan ini diadakan bagi menghimpunkan kakitangan TelBru dan mengambil peluang untuk bersua muka dengan kerabat diraja.

Kakitangan TelBru dan anggota keluarga ketika junjung ziarah di Istana Nurul Iman.
Kakitangan TelBru dan anggota keluarga ketika junjung ziarah di Istana Nurul Iman.