Warga tempatan maut

Warga tempatan maut

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 22 Sept – Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kejadian ke-malangan sendiri yang berlaku di kawasan Kilometer 21 Seria Bypass sebelum Jalan Badas, hari ini.

Mangsa yang berusia 23 tahun, telah disahkan meninggal dunia pada pukul 2:30 petang akibat patah leher dan bahu serta mengalami pendarahan dalaman.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1:35 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

Seorang lelaki tempatan maut dalam kejadian kemalangan sendiri kelmarin.
Seorang lelaki tempatan maut dalam kejadian kemalangan sendiri kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA